Sunday, September 25, 2011

Puji, Kritik dan Kutuk


Dalam enteri kali ini saya ingin berkongsi bahan bacaan yang saya ambil dari blog sifu saya Hasnuddin Abu Samah daripada fototeacher untuk pengetahuan kita bersama. Dalam blognya Cikgu Din bercerita tentang topik yang agak menarik bagi saya iaitu "Puji, Kritik dan Kutuk". sama-sama kita baca komen cikgu Din.

BLOG ARKIB – Puji, Kritik dan KutukOleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk
“Puji, Kritik dan Kutuk”– 28 Januari 2009)
Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk fototeacher.com
Untuk perbaiki karya fotografi kita, kita perlukan komen, malah kritikan dari individu lain. Dengan ini, barulah kita nampak kelemahan kita yang perlu diperbaiki. Dengan cara ini juga kita akan dapat input baru hasil dari pendapat, menerusi pengalaman orang yang memberikan komen kepada gambar kita.
Tapi, adakah kita ikhlas ingin belajar dengan menerima komen dari orang lain? Adakah kita akan berpuas hati dengan komen yang diberikan kepada gambar kita? Hakikatnya, kebenaran memang adakalanya pahit ditelan.
Bila dilihat dalam blog, foto blog dan sebagainya, rakan-rakan yang memberikan komen kepada gambar kita selalunya akan memberikan komen yang baik saja mengenai gambar yang kita rakam. Ini semata-mata untuk menjaga hati dan menjalinkan hubungan yang baik. Kita perlu menganggap komen ini sebagai ‘komen sosial’ yang tidak banyak membantu perkembangan fotografi kita. Kalau kita rasa bangga dan berpuas hati dengan ‘komen sosial’ yang diberikan ini, alamatnya, kita takkan kemana di dalam fotografi.
Masyarakat kita tidak mudah menerima kritikan. Masyarakat kita juga tidak pandai memberikan kritikan. Kritikan yang baik harus diberikan dengan cara yang berhemah. Kritikan yang baik perlu disertakan dengan fakta yang kukuh. Ianya juga sebaiknya desertakan dengan panduan atau cadangan bagi membantu orang yang dikritik itu memperbaiki hasil kerjanya.
Kita harus boleh bezakan antara mengkritik dan mengutuk. Kita harus boleh bezakan diantara kritikan membina dan cacian yang mengaibkan. Jadi, untuk kemajuan kita bersama, kita harus bijak mengkritik dan harus rasional dalam menerima kritikan. Barulah kita semua boleh maju dalam bidang fotografi.
Tidak ada sesiapa yang sempurna. Tidak ada gambar yang sempurna. Walau sehandal manapun kita dan walau secantik manapun gambar kita, sentiasa masih ada ruang untuk diperbaiki. Jadi, sentiasa akan ada ruang untuk dikritik. Untuk sentiasa maju, kita harus sentiasa boleh dikritik.
Dalam konteks untuk memperbaiki diri, bila ada orang puji gambar kita, kita kena pertimbangkan 2 perkara ini: iaitu yang pertamanya orang itu mungkin tidak cukup hebat dalam fotografi kerana dengan mudah memuji gambar yang kita rakam dan yang keduanya, kita adalah orang yang malang sebab kita sudah tidak ada ruang untuk belajar dan memperbaiki diri kerana gambar kita kononnya sudah sempurna.
Namun, bila dikritik, adakalanya, kita perlu mempertahankan pendirian kita jika kita ada sebab yang kukuh. Kita tidak perlu menerima semua kritikan bulat-bulat. Sebab, kadangkala, orang yang mengkritik itu pun sebenarnya tidak layak untuk mengkritik.
Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk fototeacher.com
Sila layari laman Facebook FOTOTEACHER di – http://www.facebook.com/fototeacher

Monday, September 19, 2011

Tips memilih photographer idaman anda

Salam hormat. untuk enteri kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dan juga pengalaman rakan-rakan saya berkenaan pemilihan photographer untuk majlis perkahwinan anda.

Apa yang saya lihat berdasarkan pemerhatian bukan semata-mata pendapat peribadi. Saya melihat ramai bakal pengantin hanya memilih photographer berdasarkan beberapa keping gambar yang diletakkan dalam web, blog atau laman sosial tanpa melihat hasil kerja mereka selepas majlis sebagai contoh custom album.

Di luar sana memang ramai photographer yg boleh mengambil gambar dengan cantik atau superp cantik, namun adakah dia bagus dalam penyusunan gambar didalam album atau editing pada gambar? itu menjadi persoalannya sebab ramai dari sahabat saya yang mengupah photographer hanya sekadar melihat sekeping dua gambar sample mengeluh apabila menerima album gambar mereka sebab tidak menepati citarasa mereka serta tidak menarik untuk ditatap atau diberi kepada saudara mara atau sahabat2 untuk dilihat.

justeru adalah lebih selamat jika bakal pelanggan berjumpa dan melihat dulu hasil kerja akhir photographer sebelum mengambil mereka sebagai official photographer di majlis rasmi dan bermakna anda.kerana hasil kerja akhir itulah yang menentukan photographer itu bagus atau sekadar suam2 kuku sahaja.

Tuesday, August 23, 2011

TIPS UNTUK BAKAL PENGANTIN


Tips Mendapatkan Gambar Perkahwinan Yang Berrmakna  Oleh :Hasnuddin Abu Samah
Tentunya semua pengantin inginkan gambar perkahwinan yang menarik yang boleh dijadikan kenangan manis untuk sepanjang hayat. Ini antara tips yang dapat saya berikan:
1) Buat rujukan dalam majalah atau internet untuk mendapat idea tentang gambar yang bagaimana yang anda idamkan.
2) Dapatkan jurugambar yang anda yakin beliau dapat memberikan gaya dan kualiti yang anda harapkan.
3) Bincang dengan jurugambar tentang idea dan harapan anda. Anda mesti pastikan jurugambar faham apa yang anda mahukan dan berkebolehan melakukannya. Jangan anggap jurugambar boleh membaca fikiran anda. Beri arahan secara terperinci. Kesilapan komunikasi boleh mengakibatkan penyesalan dan bertelingkahan di kemudian hari.
4) Rancang aturcara majlis anda secara terperinci. Ambil kira kemungkinan perkara yang tidak dijangka akan berlaku seperti hujan, pengapit tidak dapat hadir atau makanan tidak mencukupi. Ini supaya anda tidak panik semasa majlis anda dan menjejaskan mood dalam gambar.
5) Pada majlis perkahwinan anda, anda tidak seharusnya memikirkan masalah yang berlaku pada majlis yang diadakan. Anda hanya perlu senyum dan bergembira. Dapatkan tenaga kerja yang mencukupi untuk memastikan majlis anda berjalan lancar dan menguruskan sebarang masalah yang mungkin timbul.
6) Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti hujan lebat, jangan rasa tertekan atau kecewa. Teruskan bergembira. Perkara yang berlaku di luar kawalan, bukannya salah anda.Tidak mengapa jika tetamu kebasahan. Jangan risau, itu bukannya salah anda. Yang penting, anda harus bergembira.
7) Jalin hubungan yang baik dengan jurugambar anda. Layan jurugambar anda seperti yang sepatutnya. Sememangnya lumrah manusia, seseorang yang dilayan dengan baik akan memberikan yang terbaik.
Jangan buatkan jurugambar rasa tertekan dengan aturcara majlis yang kelam kabut. Walaupun jurugambar memang boleh bekerja dalam apa jua keadaan, namun, kualiti yang terbaik hanya akan terhasil dalam keadaan yang terkawal.
9) Berikan masa yang cukup untuk jurugambar merakam gambar potret sekiranya anda ingin gambar potret anda dirakam dengan baik. Walaupun anda digesa oleh sesuatu, berilah keutamaan kepada rakaman gambar, kerana ianya untuk kenangan sepanjang hayat!
     Diharap, tips ini serba sedikit dapat membantu anda untuk mendapatkan gambar perkahwinan yang bermakna. Jumpa lagi pada penulisan yang akan datang. Sekian, terima kasih.Apabila menyebut foto perkahwinan melayu, ramai yang menyangka ianya terhad kepada pose dipelamin saja. Zaman kini telah berubah dan teknik-teknik fotografi juga kini lebih berkembang dan teknologinya juga semakin memudahkan kerja-kerja jurufoto.
     Sebagai penyedia perkhidmatan, jurufoto perkahwinan juga perlu berubah untuk mendapatkan keunikan dan berada didalam golongan “in-demand”. Sekiranya kita masih menghadkan produktiviti kita kepada posing-posing klasik dipelamin saja, kita tidak akan dapat bayaran perkhidmatan yang lebih baik. Mahu atau tidak, skill jurufoto harus seiring dengan zaman. Pengantin-pengantin melayu juga sekarang lebih berpelajaran dan didedahkan dengan imej-imej yang lebih segar dan menarik berbanding foto klasik. Walaupun penting untuk kita mengekalkan skill dalam potret klasik, kita juga harus mengembangkan pengetahuan kita kepada teknik-teknik fotografi  terkini, dan teknologi-teknologi yang boleh memudahkan kerja kita.Jenis-jenis jurufoto perkahwinan
     Terdapat beberapa konsep didalam fotografi perkahwinan melayu.  Antara konsep yang klasik adalah konsep foto formal seperti pengantin di pelamin, makan beradap, group foto keluarga, jalan berarak dsb. Kebanyakan jurufoto masih mengekalkan konsep ini. Saya mengkategorikan jurufoto ini sebagai jurufoto perkahwinan klasik. Biasanya jurufoto ini mendapat bayaran serendah rm300 untuk sehari atau RM500 untuk 2 hari liputan majlis perkahwinan.  Jurufoto yang lebih mahir dalam konsep ini, sekiranya benar-benar berpengalaman, boleh juga mendapatkan bayaran ribuan ringgit sekiranya telah terkenal dan hasilnya betul-betul baik.
          Terdapat juga konsep jurufoto fotojurnalis. Dimana jurufoto merakam foto-foto yang mengenengahkan aksi dan ekpressi pada hari tersebut.  Foto-foto seperti ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan jurufoto melihat dan merasai situasi sebenar hari tersebut. Rakaman ini selalunya bersifat candid iaitu subjek biasanya tidak sedar gambar beliau dirakam kerana begitu asyik dengan aktiviti beliau.  Bagaimanapun, tugas jurufoto fotojournalis juga selalunya perlu merakam gambar-gambar yang “wajib” seperti jurufoto klasik. Fotojournalis perkahwinan boleh mendapat bayaran sehingga berpuluh ribu ringgit sekiranya amat terkenal dan mempunyai skill yang amat bagus.