Tuesday, August 23, 2011

TIPS UNTUK BAKAL PENGANTIN


Tips Mendapatkan Gambar Perkahwinan Yang Berrmakna  Oleh :Hasnuddin Abu Samah
Tentunya semua pengantin inginkan gambar perkahwinan yang menarik yang boleh dijadikan kenangan manis untuk sepanjang hayat. Ini antara tips yang dapat saya berikan:
1) Buat rujukan dalam majalah atau internet untuk mendapat idea tentang gambar yang bagaimana yang anda idamkan.
2) Dapatkan jurugambar yang anda yakin beliau dapat memberikan gaya dan kualiti yang anda harapkan.
3) Bincang dengan jurugambar tentang idea dan harapan anda. Anda mesti pastikan jurugambar faham apa yang anda mahukan dan berkebolehan melakukannya. Jangan anggap jurugambar boleh membaca fikiran anda. Beri arahan secara terperinci. Kesilapan komunikasi boleh mengakibatkan penyesalan dan bertelingkahan di kemudian hari.
4) Rancang aturcara majlis anda secara terperinci. Ambil kira kemungkinan perkara yang tidak dijangka akan berlaku seperti hujan, pengapit tidak dapat hadir atau makanan tidak mencukupi. Ini supaya anda tidak panik semasa majlis anda dan menjejaskan mood dalam gambar.
5) Pada majlis perkahwinan anda, anda tidak seharusnya memikirkan masalah yang berlaku pada majlis yang diadakan. Anda hanya perlu senyum dan bergembira. Dapatkan tenaga kerja yang mencukupi untuk memastikan majlis anda berjalan lancar dan menguruskan sebarang masalah yang mungkin timbul.
6) Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti hujan lebat, jangan rasa tertekan atau kecewa. Teruskan bergembira. Perkara yang berlaku di luar kawalan, bukannya salah anda.Tidak mengapa jika tetamu kebasahan. Jangan risau, itu bukannya salah anda. Yang penting, anda harus bergembira.
7) Jalin hubungan yang baik dengan jurugambar anda. Layan jurugambar anda seperti yang sepatutnya. Sememangnya lumrah manusia, seseorang yang dilayan dengan baik akan memberikan yang terbaik.
Jangan buatkan jurugambar rasa tertekan dengan aturcara majlis yang kelam kabut. Walaupun jurugambar memang boleh bekerja dalam apa jua keadaan, namun, kualiti yang terbaik hanya akan terhasil dalam keadaan yang terkawal.
9) Berikan masa yang cukup untuk jurugambar merakam gambar potret sekiranya anda ingin gambar potret anda dirakam dengan baik. Walaupun anda digesa oleh sesuatu, berilah keutamaan kepada rakaman gambar, kerana ianya untuk kenangan sepanjang hayat!
     Diharap, tips ini serba sedikit dapat membantu anda untuk mendapatkan gambar perkahwinan yang bermakna. Jumpa lagi pada penulisan yang akan datang. Sekian, terima kasih.Apabila menyebut foto perkahwinan melayu, ramai yang menyangka ianya terhad kepada pose dipelamin saja. Zaman kini telah berubah dan teknik-teknik fotografi juga kini lebih berkembang dan teknologinya juga semakin memudahkan kerja-kerja jurufoto.
     Sebagai penyedia perkhidmatan, jurufoto perkahwinan juga perlu berubah untuk mendapatkan keunikan dan berada didalam golongan “in-demand”. Sekiranya kita masih menghadkan produktiviti kita kepada posing-posing klasik dipelamin saja, kita tidak akan dapat bayaran perkhidmatan yang lebih baik. Mahu atau tidak, skill jurufoto harus seiring dengan zaman. Pengantin-pengantin melayu juga sekarang lebih berpelajaran dan didedahkan dengan imej-imej yang lebih segar dan menarik berbanding foto klasik. Walaupun penting untuk kita mengekalkan skill dalam potret klasik, kita juga harus mengembangkan pengetahuan kita kepada teknik-teknik fotografi  terkini, dan teknologi-teknologi yang boleh memudahkan kerja kita.Jenis-jenis jurufoto perkahwinan
     Terdapat beberapa konsep didalam fotografi perkahwinan melayu.  Antara konsep yang klasik adalah konsep foto formal seperti pengantin di pelamin, makan beradap, group foto keluarga, jalan berarak dsb. Kebanyakan jurufoto masih mengekalkan konsep ini. Saya mengkategorikan jurufoto ini sebagai jurufoto perkahwinan klasik. Biasanya jurufoto ini mendapat bayaran serendah rm300 untuk sehari atau RM500 untuk 2 hari liputan majlis perkahwinan.  Jurufoto yang lebih mahir dalam konsep ini, sekiranya benar-benar berpengalaman, boleh juga mendapatkan bayaran ribuan ringgit sekiranya telah terkenal dan hasilnya betul-betul baik.
          Terdapat juga konsep jurufoto fotojurnalis. Dimana jurufoto merakam foto-foto yang mengenengahkan aksi dan ekpressi pada hari tersebut.  Foto-foto seperti ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan jurufoto melihat dan merasai situasi sebenar hari tersebut. Rakaman ini selalunya bersifat candid iaitu subjek biasanya tidak sedar gambar beliau dirakam kerana begitu asyik dengan aktiviti beliau.  Bagaimanapun, tugas jurufoto fotojournalis juga selalunya perlu merakam gambar-gambar yang “wajib” seperti jurufoto klasik. Fotojournalis perkahwinan boleh mendapat bayaran sehingga berpuluh ribu ringgit sekiranya amat terkenal dan mempunyai skill yang amat bagus.

Sunday, August 7, 2011

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Salam buat teman-teman yang sudah lama saya tidak ketemu...wah, mcm indon dah bahasa saya guna.

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam ramadhan buat semua yang mengenali saya dan sesiapa sahaja yang sudi singgah ke blog saya. maaf sebab kebelakangan ini tidak ada gambar baharu yang saya upload ke dalam blog. ini kerana komputer saya mengalami masalah dengan sistem uploader sehingga begitu sukar untuk saya upload gambar terbaru. kadang-kadang sampai tension sy dibuatnya. begitu juga dengan laman facebook sy, kebelakangan ini begitu sukar saya untuk upload gambar sehingga berjam-jam menunggu dan kadang kala upload fail.

justeru saya sedang membangunkan satu lagi blog baharu yang belum sepenuhnya siap bagi mengatasi masalah kesukaran meng 'upload' gambar tersebut. saya akan maklumkan kepada anda semua apabila blog itu telah siap nnt. semestinya akan muncul dengan wajah baharu, idea baharu dan gambar-gambar baharu untuk anda semua. saya juga sentiasa berusaha untuk mencari idea-idea baharu untuk client2 saya seterusnya. InsyaAllah saya akan menggunakan konsep baharu yang digunakan dalam skills fotografi saya.

terima kasih kepada anda yang selama ini menyokong saya. juga tak lupa pada client-client saya sebelum ini yang sudah pun berbadan dua. tahniah. mudah-mudahan rezeki anda semua diberkati dan ditambah setiap masa.

akhir kata, salam ramadhan dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelma. maaf zahir batin.