Wednesday, March 30, 2011

Re-Branding Blog

sahabat-sahabat yang dikasihi selain blog ini saya juga memuat naik gambar ke dalam web saya yang baharu http://maliquecreativeshoot.webs.com

sila layarinya juga untuk melihat koleksi gambar yang lain juga

Terima Kasih.

Malique

Sunday, March 6, 2011

photographer

Jika dilihat kebelakangan ini, satu "fenomena" baru telah wujud dan telah mewarnai lagi industri seni tanah air kita. "Fenomena" yang saya maksudkan adalah bertambahnya bilangan photographer yang mana boleh dilihat dimana-mana sahaja tempat yang kita pergi. Sebilangan dari mereka menceburkan diri dalam business photography atau lebih senang untuk kita sebut adalah photographer perkahwinan. 

Bakal pengantin sekarang tidak perlu susah-susah untuk mencari photographer bagi mengabadikan detik bersejarah dalam hidup mereka. Hanya sekadar klik di laman sesawang, berbagai pilihan telah tersedia, hanya tinggal memilih sahaja. Pun bergitu, bakal pengantin perlu bijak memilih OP (Official Photographer) mereka supaya mereka benar-benar dapat apa yang mereka mahu.Di luar sana terlalu banyak pilihan, tapi adakah mereka benar-benar layak untuk menjadi OP anda? ramai photographer yang boleh ambil gambar, tetapi tidak ramai photographer yang hebat. 

Murah atau mahal perkhidmatan seorang photographer bukan dinilai dari peralatan yang mereka gunakan semata-mata. Apa yang paling penting adalah skills dan pengetahuannya dalam bidang photography. Apabila seorang photographer yang hebat dari segi skills, ilmu dan pengalamannya diberi sebuah kamera yang paling basic sekalipun, dia mampu menghasilkan gambar yang cantik dan menarik. Saya tidak kata orang baru ambil gambar tak cantik sebab skills adalah sesuatu yang subjektif, namun sebagai photographer, perlu sentiasa menimba ilmu dan memantapkan skills dengan apa cara sekalipun. Kerana ilmu dan kesungguhan akan menentukan berapa lama kita ingin bertahan dalam bidang Photography kerana disebalik pertambahan jumlah photographer ketika ini, juga dikesan ramai juga photographer yang kecundang ditengah jalan kerana keinginan mereka dalam business photography tidak disertakan dengan matlamat yang jelas.

Justeru, nasihat saya kepada diri saya dan semua photographer, baik baru atau pro, sentiasa kena belajar dan tambah ilmu pengetahuan. tetapkan matlamat dalam bidang ini dan sejauh mana kita mahu pergi. kalau kita rasa kita hebat, ada ramai lagi photographer yang hebat-hebat diluar sana. Jangan sekali-kali kita jatuhkan maruah industri photography ini. Adios.