Monday, January 31, 2011

Charge untuk travelling ke tempat anda.

Banyak kali saya ditanya berapakah charge yang saya kenakan untuk travelling ke tempat anda yang jauh dari koordinat saya sekarang (Kajang) untuk shoot gambar hari bersejarah anda? lain padang, lain belalang. Ada Photographer charge ikut masa yang mereka gunakan. Ada yang charge ikut jarak. Ada yang kenakan charge tetap (lum sum) untuk travelling. Bagi khidmat saya pula:

Jawapannya:- saya tidak charge sesuka hati. Berapa jumlah yang saya keluarkan, itulah yang saya claim.

Contoh :
1.       1) Bayaran tol dan minyak petrol. Jika kos untuk ke Terengganu pergi dan balik sebanyak RM200, maka RM200 yang saya claim. (kalau naik bas atau keretapi lagi jimat tapi anda perlu sediakan transport disana)

2.       2) Penginapan. Sekiranya anda tidak menyediakan tempat untuk saya menginap, saya akan mencari hotel atau chalet yang murah dan berdekatan dengan rumah anda. Jika kos hotel & chalet tempat saya menginap selama mana saya bertugas adalah RM150, maka saya hanya claim RM150.

YANG PENTING “ ANDA PUAS HATI, SAYA TAK RUGI”

Thursday, January 27, 2011

TELECONVERTER

Teleconverter adalah satu alat yang digunakan untuk menggandakan focal length lensa yang anda gunakan. Contohnya, sekiranya anda menggunakan lensa 200mm bersama teleconverter 2X, lensa anda akan menjadi lensa 400mm! Ianya boleh digunakan untuk sebarang jenis lensa samada lensa zoom ataufixed lens.

Teleconverter boleh digunakan untuk kamera DLSR dan lain-lain jenis kamera juga. Untuk kamera DSLR, teleconverter ini biasanya dipasang diantara lensa dan kamera kita. Teleconverter berbentuk silinder dan di dalamnya terdapat kanta yang berfungsi untuk memberikan gandaan kepada focal lengthyang digunakan.

Teleconverter boleh didapati dalam berbagai kuasa gandaan. Biasanya, teleconverter dibuat dengan kuasa gandaan 1.4X, 1.7X dan 2X. Setiap teleconverter ini memberikan kuasa gandaan yang berbeza kepada lensa yang kita gunakan. Di sini saya berikan contoh:

§  Teleconverter 1.4X yang dipasang pada lensa 100mm akan mengubah lensa ini menjadi lensa lensa 140mm (100mm X 1.4 = 140mm)
§  Teleconverter 1.7X yang dipasang pada lensa 100mm akan mengubah lensa ini menjadi lensa 170mm (100mm X 1.7 = 170mm)
§  Teleconverter 2X yang dipasang pada lensa 100mm akan mengubah lensa ini menjadi lensa 200mm (100mm X 2 = 200mm)
Walaupun dapat menggandakan kuasa focal length, penggunaan teleconverter juga memberikan beberapa kelemahan. Diantara kelemahan yang ketara ialah, teleconverter akan menyusutkan nilaiaperture. Secara mudahnya boleh dikatakan, teleconverter menjadikan cahaya yang masuk melalui lensa menjadi lebih gelap.
Semakin besar kuasa gandaan teleconverter, semakin besar juga nilai aperture akan disusutkan. Di sini diberikan beberapa contoh:
§  Teleconverter 1.4X akan mengurangkan nilai aperture sebanyak 1 stop.
Sekiranya lensa anda mempunyai aperture f/2.8, ianya akan menjadi f/4 sahaja dengan penggunaan teleconverter 1.4X. Ini diperolehi dengan kiraan berikut: aperture f/2.8 X 1.4 (nilai gandaanteleconverter) = f/3.92. Setelah dibuat penghampiran, aperture f/3.92 boleh dianggap sebagaiaperture f/4. Aperture f/4 adalah 1 stop ‘lebih gelap’ berbanding aperture f/2.8
§  Teleconverter 1.7X akan mengurangkan nilai aperture sebanyak 1.5 stop.
Sekiranya lensa anda mempunyai aperture f/2.8, ianya akan menjadi f/4.8 sahaja dengan penggunaan teleconverter 1.7X. Ini diperolehi dengan kiraan berikut: aperture f/2.8 X 1.7 (nilai gandaan teleconverter) = f/4.76. Setelah dibuat penghampiran, aperture f/4.76 boleh dianggap sebagai aperture f/4.8. Aperture f/4.8 adalah 1.5 stop ‘lebih gelap’ dari aperture f/2.8
§  Teleconverter 2X akan mengurangkan nilai aperture sebanyak 2 stop.
Sekiranya lensa anda mempunyai aperture f/2.8, ianya akan menjadi f/5.6 sahaja dengan penggunaan teleconverter 2X. Ini diperolehi dengan kiraan berikut: aperture f/2.8 X 2 (nilai gandaan teleconverter) = f/5.6. Aperture f/5.6 adalah 2 stop ‘lebih gelap’ dari aperture f/2.8

Selain dari nilai aperture yang susut, teleconverter juga mempunyai kelemahan dimana imej yang dihasilkan tidak begitu tajam jika dibandingkan dengan foto yang dirakam tanpa teleconverter. Namun, teknologi terkini telah banyak memperbaiki kelemahan dari segi optik ini, tambahan pula jika anda menggunakan teleconverter yang berkualiti tinggi.

Diharap, penerangan ini dapat membantu anda memahami perkara mengenai teleconverter ini. Untuk benar-benar memahami perkara ini, anda perlu terlebih dahulu memahami asas teknikal fotografi seperti focal length, nilai aperture dan perbezaan stop pada exposure. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari asas teknikal fotografi, anda boleh menghadiri kursus Asas Fotografi Digital (AFD) yang diadakan oleh FOTOTEACHER.COM. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di sini

Oleh Hasnuddin Abu Samah (FOTOTEACHER.COM)